Khamis, 3 September 2009

Percayalah kepada Tuhan

pada suatu hari, seorang anak muda yang sangat taat pada Tuhan pergi ke kedai gunting untuk menggunting rambut. tukang gunting rambut sangat mengalu-alukan kedatangan pelanggannya itu. dia mula menggunting rambut pemuda itu mengikut apa yang pemuda itu mau. keadaan agak hening untuk seketika. Tukang gunting memulakan bicara.

Tukang gunting: Saya tidak percaya dengan adanya kewujudan Tuhan dalam dunia ni. Jika Tuhan wujud, mengapa mesti ada kesengsaraan dan penderitaan. Cuba lihat dalam utusan malaysia itu,kanak-kanak mati kebuluran, peperangan sesama manusia, kekejaman yang tidak ada pengakhirannya. oleh itu,saya tidak percaya Tuhan itu wujud. wahai orang muda,adakah kamu percaya akan kewujudan Tuhan???

Anak muda itu memilih untuk berdiam seketika.
Anak muda: hmmmmm...saya tetap percaya dengan kewujudan Tuhan walau apapun yang terjadi.

selepas selesai menggunting rambut, anak muda pun menyelesaikan bayaran dan terus berjalan keluar. sebaik sahaja pintu dibuka,tiba-tiba lalu seorang lelaki yang kurang siuman. Rambutnya panjang dan kusut masai. Misainya tebal dan janggutnya tidak terurus.

Anak muda itu memanggil Tukang gunting itu untuk melihat orang itu.
Anak muda : saya tidak percaya dengan kewujudan tukang gunting dalam dunia ni.

Tukang gunting: kenapa pulakkk???

Anak muda: sekiranya tukang gunting wujud,tidak mungkin lelaki itu berpenampilan begitu rupa. rambutnya pasti akan kemas dan rapi. misai dan janggut akan lebih terurus.bukankah begitu wahai tukang gunting??

Tukang gunting: kamu memang bodoh. kalau dia tidak datang ke kedai saya,macam mana saya mau menguruskan rambutnya??macam mana saya mau mencukur misainya??

anak muda tersenyum mendengar jawapan tukang gunting itu.

Anak muda: konsep kewujudan Tuhan hampir sama dengan situasi yang sedang kita lihat sekarang ni. anda tidak percaya akan kewujudan Tuhan sebab anda tidak pernah datang mencariNYA. Oleh itu, datanglah kepada Tuhan maka anda akan tahu betapa indahnya kebaikan Tuhan kepada kita...

tukang gunting itu pun berdiam dan tertunduk malu...

Tiada ulasan:

TCF daily prayer....